Kebaikan Vitagen by ieka Rich
V untuk Vitagen. Baik untuk penghadaman anda!
SOALAN-SOALAN YANG SELALU DITANYA
Soalan-soalan yang berkaitan dengan kesihatan.
Bolehkah wanita yang sedang mengandung minum Vitagen?
Ya, Vitagen adalah minuman yang sihat.
Bolehkah pesakit asma/lelah minum Vitagen ?
Pesakit asma/lelah adalah dinasihati untuk merujuk kepada doctor.
Bolehkah pesakit kencing manis minum Vitagen ?
Pesakit kencing manis adalah dinasihati untuk merujuk kepada doctor.
Bolehkah Vitagen menyebabkan kerosakan gigi ?
Tidak. Vitagen
tidak mengandungi dektran yang merupakan factor utama dalam kerosakan
gigi. Dektran akan melekat kepada lapisan enamel gigi dan menyebabkan
kerosakan gigi atau kereputan enamel.
Bolehkah Vitagen menyebabkan kahak ?
Tidak.
Adakah Vitagen mempunyai kesan sampingan selepas diminum ?
Tidak.
Jika kerap minum Vitagen, bolehkah ia menyebabkan cirit-birit ?
Tidak.
Walau bagaimanapun, daripada pandangan pakar pemakanan, seseorang itu
dinasihati untuk tidak mengambil apa-apa jenis makanan secara
keterlaluan.
Mengapakah Vitagen bagus untuk diminum oleh pesakit ?
Apabila
seorang pesakit makan ubat antibiotik, keseimbangan di antara bakteria
yang baik dan bakteria yang bahaya akan terganggu. Dengan meminum Vitagen,
ia dapat menambahkan bakteria yang baik didalam kolon dan menindas
penggandaan bakteria yang bahaya yang boleh menyebabkan jangkitan
sekunder.
Adakah Vitagen sesuai untuk diminum apabila sedang cirit-birit ?
Ya, Vitagen
boleh diminum apabila sedang mengalami cirit-birit. Gangguan terhadap
flora usus merupakan satu di antara sebab-sebab yang menyebabkan
cirit-birit. Laktobasilus di dalam Vitagen boleh menolong mengembalikan keseimbangan dantara bacteria yang baik dan bacteria yang bahaya di dalam usus kita.
Apakah itu ‘sikap tiada toleransi laktosa’ ?
Orang
yang tiada toleransi terhadap laktosa adalah orang yang tidak boleh
menghadam laktosa yang berada di dalam produk pengeluaran tenusu.
Orang-orang ini adalah dilahirkan tanpa enzim penghadaman atau
kehilangan enzim penghadaman yang membolehkan mereka menghadam laktosa
yang terkandung di dalam produk pengeluaran tenusu atau susu. Simptom
tiada toleransi terhadap laktosa termasuk kejang, mengembung,
cirit-birit dan gas.
Bolehkah seseorang yang tiada toleransi terhadap laktosa minum Vitagen ?
Seorang
yang tiada toleransi terhadap laktosa boleh minum minuman susu
berkultur dengan tiada masalah. Ini adalah disebabkan kandungan laktosa
yang telah dikurangi di dalam minuman ini.
Enzim daripada laktobasilus boleh menolong menghuraikan laktosa semasa proses fermentasi di dalam pemprosesan susu berkultur.
Soalan-soalan yang berkaitan dengan kanak-kanak.
Adakah Vitagen sesuai diberi kepada bayi-bayi yang berumur satu tahun?
Ya. Vitagen
boleh diberi kepada bayi-bayi yang berumur satu tahun atau kepada
bayi-bayi telah dilahir beberapa bulan bergantung kepada kesihatan
bayi-bayi dan keadaan najisnya. Mula dengan sedikit Vitagen yang dicairkan dengan air suam (sebagai contoh: satu sudu Vitagen dicairkan dengan dua sudu air suam).
Tujuan memberikan Vitagen
kepada bayi-bayi adalah untuk membekalkan mereka dengan laktobasilus
yang hidup dan bukan untuk mengganti susu ibu atau susu formula/rumusan.
Bimbang dengan kanak-kanak minum minuman sejuk ?
Ibubapa yang bimbang dengan anak-anak mereka minum minuman sejuk, boleh mengeluarkan Vitagen daripada peti sejuk sebelum anak-anak mereka makan. Apabila anak-anak mereka habis makan, suhu Vitagen sudah hampir sama dengan suhu bilik.
Bimbang dengan kanak-kanak yang sedang batuk ?
Ibubapa
yang bimbang dengan anak-anak mereka yang sedang batuk, adalah
dinasihati bahawa semua jenis minuman sejuk tidak sesuai diminum. Akan
tetapi Vitagen boleh diminum apabila sudah diambil keluar daripada peti sejuk selama ½ jam
Adakah Vitagen Cuma untuk kanak-kanak ?
Setiap orang tidak kira umurnya boleh menikmati manafaat Vitagen. Ia adalah minuman berkhasiat untuk sekeluarga.
Tempoh hayat / Hayat simpanan
Berapa lamakah Vitagen boleh disimpan pada suhu bilik selepas dibuka ?
Tidak lebih daripada 2 hingga 3 jam.
Berapa lamakah Vitagen boleh disimpan pada suhu bilik selepas dibeli daripada pasaraya sebelum disimpan didalam peti sejuk ?
Tidak lebih daripada 2 hingga 3 jam.
Corak meminum
Berapa botol Vitagen boleh seorang minum dalam satu hari ?
Sekurang-kurangnya
satu botol sehari untuk membekalkan badan dengan bakteria yang baik
diperlukan sehari. Akan tetapi kalau ada simptom ketidakselesaan usus
seperti sembelit, cirit-birit. Ulser/bisul. Keletihan/fatig, mengembung,
sedawa, nafas yang berbau, pedih hulu hati ataupun rasa mual, dengan
minum lebih daripada satu botol Vitagen boleh mengurangkan ketidakselesaan tersebut.
Bilakah masa yang paling sesuai untuk minum Vitagen ?
Vitagen
paling sesuai diminum selepas makan apabila keasidan di dalam perut
adalah kurang daripada keasidan sebelum makan. Keasidan yang kurang di
dalam perut boleh menolong laktobasilus di dalam Vitagen sampai ke dalam usus dalam keadaan hidup.
Mengenai Vitagen
Mengapakah Vitagen tidak sama dengan yang lain ?
Setiap botol Vitagen
mengandungi lebih daripada 10 bilion bakteria baik. Ia mengandungi jus
buah-buahan sebenar dan dikulturkan di dalam susu yang berkualiti tanpa
bahan pengawet.
Mengapakah Vitagen perlu diminum setiap hari ?
Vitagen
perlu diminum setiap hari untuk mengekalkan keseimbangan yang baik di
antara bakteria yang baik dan bakteria yang bahaya. Apabila keseimbangan
ini tidak diganggu, kita akan berasa sihat dan segar. Vitagen juga membekalkan flora usus kita dengan bekalan tetap laktobasilus. Laktobasilus di dalam Vitagen bersama dengan bakteria yang baik ddi dalam usus kita akan menindas bakteria yang bahaya daripada merosakan kesihatan kita.
Berapa lamakah Vitagen boleh tahan ?
Vitagen
boleh tahan selama lebih kurang tujuh (7) minggu jikalau disimpan dalam
keadaan yang sesuai pada suhu 4 darjah Celsius atau dibawah 4 darjah
Celsius.
Vitagen No.1
Minuman Susu Kultur di Malaysia
(Sayangi Perut Anda Setiap Hari)
|
No comments:
Post a Comment