Tuesday, 15 December 2015

Himpunan Mutiara Kata





  • “Orang baik jarang mengaku jahat, tapi orang jahat seronok mengaku baik.”
  • “Kalau kita berjaya memotivasi diri sendiri, itu hebat, tetapi andainya kita boleh menjadikan orang lain seperti kita, itu baru hebat sangat.”
  • “Tak mampu buat semua jangan tinggal semua.”
  • “Jangan fikirkan yang sedap saja, kadang-kadang kita kena juga telan yang pahit sebab kadang-kadang yang pahit itu ubat sedang yang sedap itu racun.”
  • “Tengok awan usah terlupa pada bumi yang dipijak.”
  • “Air mata untuk kekasih, untuk sedih dan untuk rasa pedih, tentu lebih berharga air mata tatkala gembira, berjaya dan ternama.”

  • “Bila kapal besar lalu, perahu kecil tentu terbuai ombak.”
  • “Berubah itu mungkin mudah, tapi kekal dengan perubahan yang dibuat itu mungkin payah.”
  • “Lebih baik memandai-mandai daripada langsung tak pandai.”
  • “Lantaran adanya wanita, alam menjadi indah, lantaran adanya lelaki dunia menjadi sempurna. Lantaran adanya lelaki dan wanita terkadang sempurnalah suatu kelemahan di sebalik suatu kekuatan”.
  • “Kaya di mata orang belum tentu kaya di mata sendiri.”
  • “Kaya itu bukan sahaja kerana wang, boleh jadi kaya hutang, kaya anak, kaya musuh atau kaya perasaan.”
  • “Biar tak kaya harta tapi kaya budi, biar hanya kata-kata, kadang-kadang itu lebih bererti.”
  • “Bercakap itu lebih baik daripada diam, tapi diam itu lebih baik daripada bercakap perkara yang merapu.”
  • “Cinta agung biasanya berjalan dengan penuh berliku.”
  • “Yang ada, yang banyaknya orang yang berkokok banyak, buatnya sikit, canangnya lebih.”
  • “Jangan cakap je, tapi buat, jangan buat je langsung tak bercakap.”
  • “Baju cantik hanya sesuai untuk orang yang kemas.”
  • “Sesungguhnya hajat,impian,cita-cita yang diimpikan adalah doa yang panjang dan berterusan yang sentiasa dipanjatkan pada-NYA.”
  • “Berkahwinlah kamu tatkala kamu benar-benar telah bersedia untuk digelar suami, isteri, ibu, ayah.”
  • “Biar azab kurang makan daripada azab terlebih makan.”
  • “Usahkan bulan, kalau nak matahari pun sanggup didekati. Usahkan badan sendiri, kalau tak nak dibiarkan berdaki.”
  • “Harimau yang mengaum itu tak makan orang, tapi kalau sebulan tak makan dibahamnya juga.”
  • “Bertenang itu kepintaran, kelam-kabut itu kebonggokan.”
  • “Tanpa mulut lidah tak berfungsi, tanpa lidah mulut tak bererti.”
  • “Kalau nak tahu kita ni pendek ke tinggi, tengoklah orang yang lebih pendek, tentu kita nampak tinggi.”
  • “Keji itu ibarat baja, makin ditabur makin subur.”
  • “Memuji sorang sama sorang itu ampu namanya, mengeji di khalayak ramai tu cabaran namanya, sebab itu pujian adalah racun, cacian adalah penawar.”
  • “Jiwa yang tenang datang dari kehidupan yang tenang.”
  • “Orang tak hairan kita boleh buat majlis kahwin tiga hari tiga malam, tapi orang jadi hairan apa pasal tak pandai layan.”
  • “Kalau kita tak dapat buktikan kejayaan kita dalam bentuk benda itu belumlah lagi kejayaan namanya.”
  • “Kuli batak yang gaji kadang-kadang tak cukup itu lebih mulia daripada tauke besar yang EPF pekerjanya pun dia sapu.”
  • “Biar cakap sikit tapi bersama bukti; biar tak bercakap buktinya nampak.”
  • “Biar buruk di mata orang tapi indah di mata TUHAN, tapi tentu lebih bagus kalau indah di mata TUHAN juga indah di mata orang.”
  •  
  • “Tak semua yang nampak rugi itu sepanjangnya rugi, kadang-kadang untung menanti di hujung.”
  •  
  • “Bercakap itu mudah sebab itu ramai sungguh orang melakukannya, tapi mengumpat itu lebih mudah sebab itu lebih ramai orang melakukannya.”
  • “Mempertajam kapak seminit itu lebih baik daripada menghayun kapak yang dempak sepanjang hari.”
  • “Rajin itu ubat, sedang malas itu racun.”
  • “Sama menolong sama beruntung.”
  • “Hampir semua kegagalan disebabkan tersalah langkah. Salah langkah bermula daripada tersalah fikir. Tersalah fikir bermula dari gagal mengenal diri.”
  •  
  • “Angin selalunya membelai, jarang sekali menghempas, tetapi apabila dia mula menghempas pasti ada yang tidak akan faham lagi makna dibelai.”
  • “Soal bahagia letaknya di hati, justeru jadikan hati cetusan senyum.”
  • “Usah terlalu hairan melihat pelangi tapi terlebih hairanlah melihat bagaimana kamu berdiri.”
  • “Biar jadi pintar benar-benar boleh digelar pintar, jangan gelaran saja pintar tapi hapah tak reti.”
  • “Dare to be different.”
  • “Biar papa asal bergaya, kalau dah papa macam mana nak bergaya.”
  • “Kalau boleh ketawa senyumlah juga sebab ketawa bercampur senyum itu memang bahagia.”
  • “Mari bekerja keras macam saya, jangan bersenang-senang walhal tak senang macam ramai daripada kita.”
  • “Orang baik terpancar melalui perbuatannya; orang jahat juga terpancar melalui perbuatannya.”
  • “Bukan cantik saja isunya, tapi kesihatan yang utama. Jaga makan, jaga badan bukan lawa dan hansem saja matlamatnya, tapi kesihatan matlamatnya.”
  • “Yang penting tindakannya bukan apa yang hanya berlegar di dalam fikirannya.”
  • “Kerana ada cinta orang boleh berjuang mempertahankan cintanya, tapi kerana ada cinta juga orang boleh berkorban untuk mempamerkan kebodohannya.”
  • “ Kalau nak buat kerja buat betul-betul, kalau tak nak buat baik tak payah buat.”
  • “ Kalau kamu nak jahat, jahat betul-betul, biar macam Firaun, baru berbaloi masuk neraka. Kalau setakat tipu orang seratus dua lebih baik jadi baik betul-betul, sebab balasannya Syurga.”
  • “ Bukan semua yang manis itu manis adakalanya di hujung lidah ia manis di hujung tekak menjadi pahit.”

No comments:

Post a Comment